China yang Makin Inovatif, Penggerak Pembangunan Dunia

2020-11-01 15:41:26  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat PKC mengutamakan inovasi dalam bidang sains dan teknologi serta menetapkan garis panduan berkenaan dalam cadangan tentang penggubalan Rancangan Lima Tahun ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan yang diluluskan pada Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat penggal ke-19 PKC baru-baru ini.

Menurut cadangan itu, inovasi akan diletakkan pada kedudukan teras dalam usaha pemodenan negara, sedangkan perkembangan sains dan teknologi secara berdikari pula dijadikan sebagai tonggak utama dalam strategi pembangunan negara. Ini belum pernah disaksikan dalam sejarah China tentang penggubalan suatu cadangan negara dan turut memperlihatkan betapa pentingnya inovasi sains dan teknologi dalam pembangunan negara ini pada masa depan.

Pada masa ini, China menghadapi perubahan drastik dalam persekitaran perkembangan dalaman dan luaran. Revolusi sains dan teknologi dan transformasi industri pusingan baharu di dalam negara pasti akan menyediakan peluang untuk mewujudkan transformasi dan menaik taraf ekonomi serta pembangunan berkualiti tinggi. Inovasi yang merupakan penggerak utama amat diperlukan dalam perjuangan negara ini ke arah modenisasi.

Seiring dengan kebangkitan unilateralisme dan fahaman perlindungan di luar negara, persekitaran pasaran global tersejas serius oleh amalan anti-globalisasi. China menghadapi sekatan yang semakin getir dalam beberapa bidang teknologi canggih. Maka, hanya giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan membangunkan teknologi kunci secara berdikari, China barulah boleh mencapai kemajuan dalam bidang teknologi canggih bagi menjamin keselamatan negara pada masa depan.

Inovasi dalam bidang sains dan teknologi China memerlukan bantuan dunia, manakala kemajuan sains dan teknologi dunia juga memerlukan sokongan China. Pemimpin tertinggi China pernah menyatakan, China bersedia untuk berkongsi hasil penyelidikan saintifik yang terkini, termasuk teknologi 5G, dengan negara-negara lain, di samping komited menyediakan vaksin yang dibangunkan China, sebaik saja ia dihasilkan, untuk menjadi "barangan keperluan awam global”. Ini adalah "China yang Inovatif " yang sudi menghadapi cabaran global dan memberi sumbangan praktikal bagi pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Hala tuju 'pembangunan negara dipacu inovasi' yang digariskan China akan menjadikan negara ini pilihan popular bagi usahawan asing yang bersemangat inovatif, malah penggerak bagi pemulihan dan pembangunan dunia serta kemajuan sains dan teknologi umat manusia. 

曹捷