Antonio Guterres Seru Komuniti Diutamakan dalam Pembangunan Bandar

2020-11-01 14:16:55  CRI
Share with:

31 Oktober merupakan “Hari Bandar Sedunia”. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam ucapannya menerusi video menyatakan bahawa sumbangan cemerlang yang dibuat komuniti-komuniti di peringkat akar umbi patut mendapat pujian di seluruh dunia. Pelbagai negara perlu meletakkan komuniti pada kedudukan kunci dalam pembangunan bandar.

Menurut beliau, seramai 55% populasi sedunia tinggal di kawasan bandar, dan dijangka akan terus bertambah hingga 68% menjelang 2050. Kawasan bandar merupakan barisan yang terdepan dalam menangkis penularan wabak COVID-19 buat masa sekarang. Dalam konteks ini, nilai komuniti perumahan menjadi semakin menonjol semasa perjuangan untuk melawan wabak kali ini.

Guterres menyatakan, sistem kesihatan awam dan perkhidmatan sokongan menderita tekanan yang besar dalam pandemik COVID-19. Dalam situasi ini, operasi komuniti perumahan dalam suasana yang selamat dilihat menyumbang kepada kerjasama rapat dengan pihak kerajaan dan pelaksanaan langkah kerajaan dalam membendung wabak.

Guterres menekankan, sekiranya komuniti diambil bahagian dalam proses penggubalan dasar dan diberi sokongan kewangan, pembangunan bandar dijangka akan mencapai hasil yang lebih inklusif dan berkekalan.

Perhimpunan Agung PBB pada 2013 telah meluluskan resolusi  yang menetapkan 31 Oktober sebagai“Hari Bandar Sedunia”. “Menaiktaraf mutu dan kualiti komuniti dan bandar” dijadikan tema utama “Hari Bandar Sedunia” tahun ini.

曹捷