Tohmah Kakitangan Perubatan, Trump Dikritik

2020-11-02 14:56:21  CRI
Share with:

Tohmah Kakitangan Perubatan, Trump Dikritik

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat sentiasa merendah-rendahkan ancaman penularan pandemik COVID-19 di negara itu.

Baru-baru ini, beliau mendakwa kakitangan perubatan tempatan memperoleh keuntungan dengan sengaja memalsukan data kes kematian akibat COVID-19. Kenyataan tersebut mengundang kemarahan daripada pelbagai lapisan masyarakat di AS.

Dalam satu perhimpunan sebelum ini, Trump mengatakan bahawa doktor di AS akan mendapat lebih banyak duit sekiranya ada orang terkorban akibat COVID-19.

Saluran CNN turut membalas tohmahan Trump itu dengan memberitahu bahawa kenyataan presiden yang tidak berlandaskan fakta memberi tamparan besar terhadap kakitangan perubatan tatkala AS menghadapi krisis kesihatan awam yang paling teruk sejak lebih 100 tahun lalu.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Amerika (AMA) turut mengkritik dakwaan Trump dengan menyifatkan ia sebagai “berniat jahat, tidak boleh diterima dan mengelirukan”.

张哲