Situasi Jelang Pemilihan Agak Tegang di AS

2020-11-02 14:36:10  CRI
Share with:

Pilihan raya bakal diadakan di Amerika Syarikat (AS) esok. Tindakan-tindakan yang berkaitan pencegahan huru-hara dan protes yang mungkin berlaku kelihatan dilaksanakan di premis pasar raya, bank dan badan-badan kerajaan di pelbagai tempat di negara itu.

Pintu dan tingkap pasar raya, bank, kedai bunga, kedai kopi, hotel dan badan-badan kerajaan di sekitar White House, Washington kelihatan sudah dikukuhkan dengan ditambah pelindung papan kayu. Notis melarang meletakkan kereta pada hari pilihan raya diadakan dan sehari seterusnya ditempel pada jalanan di sebahagian blok. Gejala seumpama ini jarang berlaku ketika pilihan raya sebelum ini.

徐国玮