Gempa Bumi Bermagnitud 6.3 Melanda Indonesia

2020-11-02 12:32:16  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda kawasan perairan selatan provinsi Maluku, Indonesia pagi semalam. Setakat ini, masih belum ada kematian atau kerugian harta benda dilaporkan.

Menurut laman sesawang Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, pusat gempa berada di kawasan perairan kira-kira 400 kilometer dari selatan Ambon, ibu kota provinsi Maluku, pada kedalaman 196 kilometer.

Pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami, tetapi mengingatkan bahawa gegaran susulan mungkin akan berlaku di kawasan terlibat.

覃淼