22 Maut Serangan Ganas di Univerisi Kabul

2020-11-03 11:44:08  CRI
Share with:

22 Maut Serangan Ganas di Univerisi Kabul

22 Maut Serangan Ganas di Univerisi Kabul

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Afghansitan, serangan ganas yang berlaku di Universiti Kabul, barat ibu kota negara itu, mengakibatkan 22 orang maut termasuk tiga penyerang, dan 22 lagi cedera.

Menurut jurucakap kementerian itu, militan bersenjata meletupkan bom di pintu timur Universiti Kabul pada pukul 11 tengah semalam sebelum memasuki kampus.

Pasukan keselamatan segera berkejar ke universiti itu dan bertempur dengan anggota militan. Tiga anggota militan ditembak mati.

Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

Ini serangan kedua bersasaran badan pendidikan di Kabul dalam dua minggu lalu. Sebuah pusat pendidikan swasta menjadi sasaran serangan bom berani mati hingga mengakibatkan 224 orang maut dan 57 lagi cedera pada 25 Oktober. Semua mangsa adalah rakyat jelata.

覃淼