Media AS: Situasi Wabak Paling Teruk pada Oktober

2020-11-03 10:04:57  CRI
Share with:

Media tempatan Amerika Syarikat melaporkan, kebanyakan negeri berdepan dengan lonjakan kes jangkitan COVID-19 pada Oktober, keadaan paling teruk yang dilalui AS sejak tercetusnya wabak itu. Menurut pegawai AS, situasi wabak dalam negara itu dijangka akan bertambah teruk menjelang musim sejuk nanti. Statistik menunjukkan, pada minggu terakhir Oktober, AS menyaksikan lonjakan kes jangkitan baharu sebanyak 25.4 peratus berbanding minggu sebelumnya, manakala kes kematian baharu pula naik 2.2 peratus.

董筱娉