AS Dituntut Henti Campur Tangan Urusan HK

2020-11-04 16:58:21  CRI
Share with:

China menuntut Amerika Syarikat (AS) segera menghentikan campur tangan dalam urusan Hong Kong dan urusan dalaman China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang akhbar semalam.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo semalam membantah HK menahan lapan orang pembangkang sebelum ini.

Wang Wenbin mengulas bahawa China mengamalkan pentadbiran berdasarkan undang-undang. Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas HK dan pihak-pihak berkuasa berkenaan menjalankan tugas berasaskan undang-undang. Tindakan mereka tidak boleh dikambinghitamkan dan difitnahkan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, HK ialah wilayah China. Urusan HK merupakan urusan dalaman China. Sebarang percubaan untuk merosakkan "satu negara, dua sistem" serta kemakmuran dan kestabilan HK pasti akan dibantah keras oleh rakyat China termasuk penduduk HK.

徐国玮