Laluan Pengangkutan ASEAN-Lanzhou-Asia Selatan Diwujudkan

2020-11-04 17:01:00  CRI
Share with:

Sebuah pesawat kargo yang membawa mangga kering seberat 18 tan berlepas dari Phnom Penh dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhongchuan Lanzhou baru-baru ini. Sejurus muatan diturunkan, pesawat itu membawa barang penggunaan seharian seberat 18.6 tan berlepas ke Lahore Pakistan. Ini menandakan laluan penerbangan kargo ASEAN-Lanzhou-Asia Selatan diwujudkan secara rasmi.

Menurut kakitangan lapangan terbang Lanzhou, ASEAN merupakan rakan dagang penting bagi provinsi Gansu dan perdagangan kedua-dua pihak boleh saling melengkapi. Pembukaan laluan penerbangan tersebut akan memperkasakan perdagangan antara pelbagai pihak berkaitan.

徐国玮