Sistem Perubatan AS Hadapi Cabaran Getir

2020-11-05 14:29:53  CRI
Share with:

Sistem Perubatan AS Hadapi Cabaran Getir

Agensi berita Reuters melaporkan, bilangan pesakit COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) yang dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada Selasa lalu mencecah 50 ribu orang, iaitu rekod tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Kes jangkitan yang melonjak secara mendadak dikhuatiri akan mengheret sistem perubatan AS ke ambang keruntuhan.
Sementara itu, CNN pula melaporkan kes positif baharu di AS terus bertambah pada setiap hari.

Kini, sekurang-kurangnya 36 buah negeri menyaksikan lonjakan kes baharu, dan daripada kesemua negeri tersebut, Idaho, Ohio, Pennsylvania, Wisconsin masing-masing merekodkan jangkitan harian tertinggi pada Selasa.

 

周乔西