China yang Semakin Terbuka Jadi Peluang kepada Syarikat Asing

2020-11-05 14:46:14  CRI
Share with:

China yang Semakin Terbuka Jadi Peluang kepada Syarikat Asing

"Biar betapa susahnya, kami mahu menyertai ekspo di Shanghai ini". Inilah kenyataan Roy, pengarah penyelidikan dan pembangunan (R&D) The Land, syarikat tenusu dari New Zealand. Kenyataan beliau memperlihatkan luahan hati syarikat-syarikat asing yang menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketiga.

CIIE kali ini merupakan aktiviti ekonomi dan perdagangan antarabangsa penting yang diadakan di China. Ekspo yang diadakan menurut jadualnya bukan sahaja mencerminkan kejayaan China dalam membendung penularan pandemik COVID-19, tetapi juga akan menyuntuk tenaga positif terhadap pemulihan ekonomi dunia.

Pasaran gergasi China yang mempunyai 1.4 bilion orang penduduk menjadi tarikan utama bagi syarikat-syarikat asing yang menyertai CIIE kali ini. Penularan wabak dikawal secara berkesan, selain ekonomi dan pasaran penggunaan pulih dengan cepat. Syarikat-syarikat asing mencapai prestasi yang baik di pasaran negara ini. Dalam tiga suku pertama tahun ini, jumlah jualan kumpulan L'Oreal di pasaran Tanah Besar China meningkat 20.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah pengeluaran Volkswagen di China pulih meningkat pada suku kedua. Ketahanan ekonomi China ketika berlaku krisis serta pemulihan dan potensi pasaran penggunaan China menarik sejumlah besar syarikat antarabangsa.

Yang di sebalik ini ialah kesungguhan China memperkasakan keterbukaan. Kerajaan telah dua kali mengeluarkan dasar untuk menstabilkan pelaburan asing, menubuhkan pelabuhan perdagangan bebas Hainan dan menambah tiga zon ujian perdagangan bebas. Iklim perniagaan di China semakin baik. Syarikat dari seluruh dunia tidak ingin terlepas peluang dari pembangunan dan keterbukaan China.

徐国玮