PBB Dukung Perjanjian Paris

2020-11-05 14:09:03  CRI
Share with:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengulangi pendirian menyokong Perjanjian Paris.

PBB Dukung Perjanjian Paris

Menurut jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, misi melindungi bumi dan manusia, serta mengelak perubahan iklim disifatkan sebagai penting sekali dalam Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan kenyataan-kenyataan daripada banyak negara.

Beliau berkata, mutakhir ini, semakin banyak negara bersetuju untuk mencapai status negara neutral karbon menjelang pertengahan abad ini, yang selaras dengan Perjanjian Paris.

PBB Dukung Perjanjian Paris

Jelasnya, PBB akan mengambil kesempatan daripada penganjuran sidang kemuncak iklim yang diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung Antonio Guterres pada 12 Disember, iaitu bersempena ulang tahun kelima Perjanjian Paris, untuk memaparkan kepercayaan dan sokongan kukuh pertubuhan itu kepada perjanjian berkenaan tidak pernah goyah.

周乔西