Bina Pasaran China Pasaran Dunia yang Dikongsi Semua

2020-11-06 13:12:54  CRI
Share with:

China komited menjadikan pasaran China sebagai pasaran dunia yang dikongsi semua. Demikian kenyataan Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketiga melalui video kelmarin.

Pengerusi Lembaga Pengelola syarikat Qualcomm kawasan China, Meng Pu ketika diwawancara menyatakan bahawa kenyataan Presiden Xi yang menyokong syarikat pelbagai negara meneroka peluang perdagangan di pasaran China melalui wadah terbuka termasuk CIIE adalah kondusif kepada peningkatan kerjasama syarikat pelbagai negara dengan China bagi jangka masa panjang.

Dalam aspek keterbukaan dan kerjasama, China bukan sahaja "pemikir", tetapi juga "pengamal". Presiden Xi menyeru pelbagai negara bergabung tenaga untuk menggalakkan keterbukaan yang berkongsi manfaat, berkongsi tanggungjawab dan berkongsi pengurusan. Tegasnya, negara besar sepatutnya memainkan peranan teladan, manakala entiti ekonomi utama dan negara membangun pula seharusnya memberikan sumbangan sendiri. Kenyataan ini menjelaskan hala tuju bagi tadbir urus global yang mengalami pergolakan dan inovasi.

Presiden Xi pula mengemukakan empat tindakan baharu untuk memperkasakan keterbukaan negara ini. Antarnaya, memperkenalkan senarai negatif perdagangan perkhidmatan rentas sempadan, memendekkan senarai larangan atau sekatan import teknikal, menyempurnakan sistem undang-undang melibatkan perusahaan asing, memperluas keterbukaan dalam ekonomi digital dan Internet, mempercepat pembangunan model dan perindustrian baharu termasuk e-niaga. Selain itu, China bersedia memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang berpiawaian tinggi dengan lebih banyak negara, dan mewujudan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bermutu tinggi. Tindakan ini membantu memperkukuh penggerak baharu merangsang ekonomi dunia, dan turut menunjukkan hasrat China untuk menjadikan pasaran China yang berpopulasi 1.4 bilion sebagai pasaran dunia yang dikongsi semua.

Jumlah import China dijangka akan melebihi USD22 trilion dalam 10 tahun akan datang. Ini bermakna pasaran paling berpotensi di dunia ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat seluruh dunia.

覃淼