FAO: Harga Makanan Global Terus Naik

2020-11-06 13:54:04  CRI
Share with:

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mengeluarkan laporan semalam yang menunjukkan harga makanan di dunia terus naik pada Oktober susulan kenaikan harga bijirin, gula, produk tenusu dan minyak tumbuhan. Ini kenaikan harga makanan selama lima bulan berturut-turut.

Difahamkan, indeks harga makanan  FAO merupakan ukuran penting untuk mengesan turun naik harga makanan antarabangsa. Menurut FAO, indeks makanan purata adalah pada 100.9 mata pada Oktober, meningkat 6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

胡星