Rusia Gesa Gencatan Senjata di Naka

2020-11-06 14:14:00  CRI
Share with:

Rusia menggesa semua pihak yang terbabit dalam pertempuran di Nagorno-Karabakh (Naka) supaya bersabar sehabis baik, menghindari serangan terhadap orang awam serta menolak sebarang campur tangan asing.

Jurucakap Kementerian Luar negara itu, Maria Zaharova dalam satu sidang media semalam berkata situasi di kawasan Naka makin meruncing susulan berlakunya pertempuran sengit, dan kemudahan awam juga menjadi sasaran bedilan.
Beliau merayu kepada pihak-pihak terlibat supaya melakukan gencatan senjata dan menyambung semula rundingan.
Dalam pada itu, Moscow turut menyuarakan kebimbingan mengenai risiko Transcaucasia menjadi sarang baharu pengganas selepas didapati sekumpulan pengganas sedang menuju ke kawasan Naka.

周乔西