Pilihan Raya Tidak Menentu, Rakyat AS Resah

2020-11-06 15:16:27  CRI
Share with:

Pilihan Raya Tidak Menentu, Rakyat AS Resah

Pilihan Raya Tidak Menentu, Rakyat AS Resah

Pilihan Raya Tidak Menentu, Rakyat AS Resah

Keretakan masyarakat Amerika Syarikat (AS) bertambah teruk gara-gara pemerebakan pandemik COVID-19 dan isu diskriminasi ras yang makin menjadi-jadi di negara itu, ditambah pula dengan percanggahan pendapat umum yang ketara sepanjang tempoh pilihan raya presiden.

Susulan tuntutan yang berbeza, demonstrasi sekali lagi tercetus di pelbagai tempat di AS, dan berlakunya juga konflik antara para penunjuk perasaan.

Pada Khamis, ramai penyokong Donald Trump mengadakan protes di luar Pusat Konvensyen Pennsylvania, Philadelphia, sambil cuba memecah masuk ke dalam pusat penjumlahan undi sebagai menyahut tuntutan Trump untuk menghentikan pengiraan undi.

Penyokong Joe Biden pula berhimpun di lokasi lain bandar sama dengan membawa papan tanda berslogan “Kira Setiap Kertas Undi” sebagai gesaan supaya proses kiraan undi dijalankan dengan teliti.
 

周乔西