Korea Selatan Berusaha Wujudkan Semenanjung Korea Bebas Nuklear

2020-11-07 14:56:04  CRI
Share with:

Keamanan ialah hasrat Korea Selatan selama ini. Negara itu akan terus berusaha untuk menamatkan sepenuhnya keadaan peperangan dan mewujudkan situasi bebas nuklear di Semenanjung Korea sehingga kedamaian berkekalan direalisasikan di semenanjung itu.

Demikian ujar Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian Forum Jeju ke-15 melalui video semalam.

Forum Jeju yang dikenali sebagai "Forum Davos edisi Korea Selatan" diasaskan pada tahun 2001, dengan visinya "keamanan dan kemakmuran". Forum yang berlangsung selama tiga hari kali ini diadakan secara maya kerana wabak COVID-19.

覃淼