Pelantikan Ketua Pengarah WTO Baharu Ditangguhkan

2020-11-07 14:44:38  CRI
Share with:

Pengerusi Majlis Am Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), David Walker semalam mengumumkan bahawa mesyuarat khas majlis am mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu yang dijadualkan pada 9 November akan ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19. Beliau akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan tentang pelantikan jawatan itu.

Pada 28 Oktober, jurucakap WTO, Keith Rockwell menyatakan bahawa Ngozi Okonjo-Iweala dari Negeria dicalonkan sebagai Ketua Pengarah WTO baharu. Anggota WTO dijadualkan membuat keputusan muktamad tentang pelantikan itu dalam mesyuarat khas Majlis Am pada 9 November.

Beliau menambah bahawa, Amerika Syarikat (AS) satu-satunya anggota yang tidak menyokong pencalonan Ngozi Okonjo-Iweala, sebaliknya mempertahankan pendiriannya untuk menyokong pencalonan Yoo Myung-hee dari Korea Selatan.

覃淼