Syarikat Thai: CIIE Bantu Syarikat Asing Atasi Kesulitan

2020-11-08 15:29:53  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketiga sedang diadakan di Shanghai. Banyak syarikat Thailand yang telah dua kali menyertai CIIE sebelum ini beralih ke urus niaga dengan syarikat China secara dalam talian disebabkan penularan pandemik COVID-19. Menurut mereka, CIIE membantu syarikat asing mengatasi kesulitan akibat wabak dan mendorong pemulihan ekonomi dan perdagangan sejagat.

Titima Anansaringkarn, pengarah sebuah syarikat kraftangan Thailand berkata, beliau tidak dapat datang ke Shanghai akibat wabak tahun ini. Tetapi penglibatannya dalam CIIE tidak terhalang. Menurutnya, China telah berjaya mengawal penularan wabak serta memulihkan kegiatan pengeluaran dan kehidupan normal. CIIE juga diadakan menurut jadualnya. Kami yakin terhadap prospek pembangunan China.

Beliau menegaskan, ketika situasi ekonomi global mengalami kemelesetan, aktiviti ekonomi dan perdagangan mengalami kebuntuan di banyak negara. Hanyalah China masih membuka pintunya kepada syarikat asing. CIIE memberikan harapan kepada mereka untuk mengharungi kesuliatan akibat wabak ini.

徐国玮