China, ASEAN Komited Jaga Kedamaian Serantau

2020-11-09 11:26:55  CRI
Share with:

China, ASEAN Komited Jaga Kedamaian Serantau

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan diplomat negara-negara ASEAN di Beijing semalam.

Dalam pada itu, Wang Yi menyarankan supaya kedua-dua pihak memperkasakan solidariti dan berusaha bersama bagi menyuntik tenaga positif kepada kestabilan dan kemakmuran serantau.

Beliau turut menyatakan kesediaan pihak China untuk terus bekerjasama dengan negara ASEAN dalam melawan pandemik COVID-19.

Para diplomat dari negara ASEAN memberi penilaian positif terhadap perkembangan hubungan China-ASEAN dalam pelbagai aspek, di samping menzahirkan hasrat untuk meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan China, mempercepat rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan, dan bersama-sama menjaga kedamaian serantau.

张哲