R. L. Kuhn: Banteras Kemiskinan Penting bagi Pembangunan Masyarakat Makmur Sederhana China

2020-11-09 12:55:15  CRI
Share with:

2020 merupakan tahun kunci bagi China membuka lembaran masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh, yang ditetapkan sebagai matlamat perjuangan seratus tahun pertama, dan juga merupakan komponen penting bagi China untuk merealisasikan kebangkitan bangsa.

Menurut Presiden China, Xi Jinping, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan per kapita di China yang tinggi masih tidak akan mewujudkan masyarakat makmur sederhana sekiranya masih terdapat seorang rakyat China yang hidup dalam kemiskinan tegar.

Pakar China dari Amerika Syarikat merangkap pemenang Pingat Persahabatan China tentang Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Dr. R. L. Kuhn telah berkongsi pengalamannya berkunjung ke kawasan miskin dan menganalisis kemampuan tadbir urus dan organisasi Parti Komunis China dalam usaha berjuang dengan kemiskinan dan penularan wabak COVID-19.

高蕾