Jualan Dalam Talian Rancakkan Ekonomi

2020-11-09 12:46:29  CRI
Share with:

Jualan Dalam Talian Rancakkan Ekonomi

Dua sesi promosi jualan dalam talian anjuran Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) merekodkan penjualan melepasi 140 juta yuan (RM87.21 juta) pada sebelah malam Sabtu lalu.

Promosi itu mengumpulkan produk-produk dari serata dunia untuk dipasarkan kepada pengguna China secara maya, dengan menyaksikan jualan aiskrim sebanyak 3.8 juta yuan (RM2.37 juta), minyak wangi 4 juta yuan (RM2.49 juta) dan berus gigi elektrik 3.2 juta yuan (RM1.99 juta).

Penjualan dalam talian yang semakin dipraktikkan di China dewasa ini membolehkan dunia melihat ekonomi negara itu kian mengukuh dengan pembangunan yang berkualiti. Penggunaan telah menjadi momentum utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik dalam tempoh beberapa tahun berturut-turut. Untuk rekod, sumbangan sektor penggunaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat 57.8 peratus pada tahun lalu. Pada masa akan datang, potensi sektor tersebut akan membesar dengan penaiktarafan penggunaan, kemunculan model penggunaan baharu serta penggabungan plaftorm dalam talian dan di luar talian, yang akan memberi dimensi baharu kepada peningkatan penggunaan.

Seperti yang dijangkakan, nilai import barangan yang direkodkan China bagi 10 tahun akan datang bakal melepasi USD22 trilion (RM90.61 trilion).

China yang mempunyai pasaran berpotensi seramai 1.4 bilion orang menjadi tumpuan pedagang asing sebagai destinasi pemasaran produk-produk mereka. Ini bukan sahaja terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, tetapi juga mencipta lebih banyak keuntungan hingga dikongsi seluruh dunia.

董筱娉