EU Kenakan Tarif Hukuman USD4 Bilion terhadap AS

2020-11-10 13:38:10  CRI
Share with:

EU Kenakan Tarif Hukuman USD4 Bilion terhadap AS

Naib Pengerusi Suruhanjaya Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) merangkap Pesuruhjaya Perdagangan EU, Valdis Dombrovskis mengumumkan EU akan mengenakan tarif hukuman sebanyak USD4 bilion (RM16.5 bilion) terhadap produk Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini.

Dalam mesyuarat Menteri-menteri Perdagangan EU menerusi telesidang semalam, Dombrovskis berkata, tarif tersebut dilaksanakan sebagai tindakan balas terhadap tindakan kerajaan AS memberi subsidi terhadap syarikat Boeing.

Menurut Dombrovskis, selepas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) membuat keputusan berhubung persengketaan EU dengan AS mengenai subsidi terhadap sektor penerbangan, AS dilihat sudah mula mengenakan tarif terhadap EU.

Justeru katanya, pelaksanaan tarif hukuman oleh EU ke atas AS yang telah dipersetujui anggotanya juga adalah susulan keputusan WTO terhadap syarikat Boeing

Walau bagaimanapun, Dombrovskis menegaskan bahawa pintu EU untuk berunding sentiasa terbuka dan berharap kedua-dua pihak akan dapat membatalkan tarif hukuman masing-masing.

EU Kenakan Tarif Hukuman USD4 Bilion terhadap AS

曹捷