Li Ucap Tahniah Hari Kemerdekaan Ke-67 Kemboja

2020-11-10 11:33:07  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen sempena ulang tahun ke-67 kemerdekaan negara itu.

Li dalam perutusannya memuji pencapaian yang diperoleh Kemboja dalam usaha mengembangkan ekonomi dan memperbaik kehidupan rakyat pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pelan tindakan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja serta program kerjasama penting antara kedua-dua negara.

张哲