Henti Operasi Ketenteraan di Nagorno-Karabakh

2020-11-10 14:16:39  CRI
Share with:

Operasi ketenteraan di wilayah Nagorno-Karabakh dihentikan selepas satu kenyataan bersama ditandatangani tiga pihak membabitkan Rusia, Armenia dan Azerbaijan semalam.

Kremlin dalam satu kenyataan menyebut, Presiden Vladimir Putin mengesahkan bahawa gencatan senjata menyeluruh di wilayah berkonflik tersebut dilaksanakan bermula 10 November, yang meminta pasukan tentera Azerbaijan dan Armenia kekal berada di posisi masing-masing, sekali gus menempatkan pasukan pengaman Rusia ke wilayah berkenaan.

Beliau turut menegaskan, konsensus yang dicapai tiga negara akan mengambil kira kepentingan rakyat Armenia dan Azerbaijan secara saksama, dan mencipta peluang menyelesaikan krisis di wilayah itu secara tuntas.

董筱娉