CIIE Janji Peluang Dikongsi Semua

2020-11-10 13:55:05  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-3 yang sedang berlangsung di Shanghai bukan sahaja menghimpunkan banyak produk berteknologi canggih, malah mempertontonkan makanan istimewa dan kraftangan dari negara membangun dan negara mundur seperti kopi keluaran Angola, karpet buatan tangan dari Iran, dan sabun zaitun dari Lubnan.

Pada CIIE pertama dan kedua, ditampilkan produk istimewa kira-kira 100 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari lebih 20 buah negara mundur yang melihat ekspo tersebut sebagai pintu untuk memasuki pasaran China.

Kali ini, China juga menyediakan pelbagai kemudahan kepada pempamer dari negara-negara kurang maju, termasuk menawarkan gerai dan mengangkut barang pameran secara percuma, selain mengadakan sesi promosi berkenaan.

Untuk rekod, ekspo tahun ini menarik penyertaan PKS dari 30 negara mundur dengan menempah ruang pameran melepasi 4,000 meter persegi.

Susulan impak pandemik COVID-19, perdagangan kargo sejagat mencatatkan rekod terendah sejak 2007 pada suku kedua tahun ini. Dalam konteks ini, China mengatasi tempias akibat wabak dan menganjurkan CIIE mengikut jadualnya, sekali gus memberi perangsang yang kuat bagi pemulihan ekonomi negara-negara membangun.

China bukan sekadar menawarkan pasaran raksasa yang paling berpotensi, malah menjanjikan peluang dikongsi semua untuk mewujudkan pembangunan inklusif.

Sepertimana yang dikatakan jurucakap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Keith Rockwell, CIIE memperkenalkan syarikat dari negara-negara mundur kepada China dan seluruh dunia, turut membawa peluang kepada mereka untuk berintegrasi dalam sistem perdagangan global. Inilah satu praktik yang benar-benar dalam usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

 

周乔西