Amal Oportunisme, Akhirnya Ditelan Padah

2020-11-11 13:07:59  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS), negara yang pernah menjadi mangsa ancaman faham pemisahan dalam sejarah, sanggup melancarkan kempen selama empat tahun untuk mempertahankan keutuhan kerajaan persekutuan, malah menggubal undang-undang untuk melarang sebarang cubaan melakukan pemisahan.

Namun kesalnya, tatkala berdepan isu pemisahan negara lain, negara itu menunjukkan sikap oportunisme dan pragmatisme tanpa rasa empati, mendedahkan dwistandard yang diamalkannya sejak sekian lama.

Demikian disebut dalam laporan yang disiarkan Institut Penyelidikan Asia Tengah dan Pusat Penyelidikan Keselamatan Negara Universiti Lanzhou (LZU) baru-baru ini.

Menurut laporan itu, pendirian AS dalam isu pemisahan terletak pada pertimbangannya terhadap kepentingan sendiri. Sedangkan, soal bangsa, agama, hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan hanyalah dalih yang dipergunakan AS untuk mencampuri urusan dalaman negara lain secara sewenang-wenangnya.

AS sudah menjadi perosak terbesar kepada order antarabangsa yang berteraskan Piagam PBB. Negara itu nescaya ditelan padah gara-gara sikap ditunjukkannya dalam isu berkenaan.

周乔西