Semangat SCO Kunci Rungkai Cabaran Semasa

2020-11-11 18:00:07  CRI
Share with:

Sidang ke-20 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang diadakan menerusi pautan video mencapai hasil memberangsangkan dengan mengeluarkan sebuah perisytiharan bersama, enam kenyataan kerjasama dan dokumen kerjasama melibatkan pelbagai bidang.

Semasa berucap dalam persidangan itu, Presiden Xi Jinping telah mengemukakan saranan bagi membentuk komuniti meliputi kesihatan, keselamatan, pembangunan dan sosiobudaya, sekali gus menunjukkan hala tuju pembangunan SCO pada fasa seterusnya.

Dengan mewakili 20% agregat ekonomi dan 40% populasi global, SCO kini muncul sebagai tenaga konstruktif penting di dunia dalam masa penuh mencabar ketika ini.

Semangat dan prinsip yang dijunjung SCO termasuk saling mempercayai, saling menguntungkan, sama rata, bermuafakat, menghormati kepelbagaian dan mengejar pembangunan bersama, kunci bagi pertubuhan tersebut terus berkembang maju, juga kunci untuk merungkai pelbagai cabaran dan masalah sezaman.

Contohnya dalam kerjasama melawan COVID-19, China menyarankan pelbagai pihak supaya memberi sokongan padu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memperkasakan usaha sama membendung penularan wabak di peringkat global, di samping bersama-sama memboikot “virus politik”. Selain itu, China juga bersedia mempertimbangkan keperluan negara-negara SCO terhadap vaksin COVID-19. Saranan dan usaha China berkenaan sudah pasti akan menambah keyakinan dan solidariti sesama anggota untuk menghapuskan wabak.

张哲