Pasukan Pengaman Rusia Masuk Nagorno-Karabakh

2020-11-12 14:23:57  CRI
Share with:

Rusia mula mengerahkan pasukan pengaman ke Nagorno-Karabakh, selepas Armenia dan Azerbaijan bersetuju melakukan gencatan senjata  menyeluruh bagi menamatkan pertempuran di wilayah tersebut.

Pada 11 November, lebih seratus anggota pengaman Rusia tiba di Armenia dengan menaiki beberapa buah pesawat pengangkut tentera.

Selain itu, beberapa pos pemerhatian mula didirikan bagi memantau pelaksanaan gencatan senjata. 

张哲