Bantah Tuduhan Tidak Berasas Britain

2020-11-15 14:31:13  CRI
Share with:

Beijing membantah sekerasnya tuduhan tidak berasas Britain terhadap keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China mengenai kelayakan anggota Majlis Legislatif Hong Kong (LegCo).

Bantahan disuarakan Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming dalam pertemuan dengan Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) Britain, Philip Barton kelmarin.

Dalam pada itu, Liu turut menegaskan bahawa tiada mana-mana negara yang boleh membiarkan penjawat awamnya melakukan amalan mengkhianati tanah air.

Duta Besar itu menggesa Britain segera menghentikan campur tangan dalam isu Hong Kong yang merupakan urusan dalaman negara China.

张哲