RCEP Dimeterai Hari Ini

2020-11-15 15:38:14  CRI
Share with:

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimeterai 15 negara anggota hari ini.

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan penandatanganan perjanjian itu sebagai hasil signifikan dalam kerjasama rantau Asia Timur, dan juga kemenangan multilateralisme dan perdagangan bebas.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa RCEP bakal menjadi penggerak baharu kepada pembangunan dan kemakmuran serantau, di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.

董筱娉