Media Britain: RCEP Langkah Penting Integrasi Ekonomi Asia

2020-11-16 13:15:02  CRI
Share with:

Pelbagai media arus utama di Britain semalam menerbitkan laporan berhubung Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan satu pertiga kapasiti ekonomi dunia dan ditakrifkan sebagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar di dunia selain melambangkan satu langkah penting yang menuju ke arah integrasi ekonomi rantau Asia.

Menurut laporan BBC, RCEP bertujuan untuk mewujudkan perjanjian perdagangan bebas dengan pasarannya yang menyatukan negara-negara anggota melalui pengurangan tarif dan rintangan bukan tarif.

Jelas laporan tersebut, RCEP merupakan perjanjian yang dinaiktaraf dari kesemua perjanjian perdagangan bebas yang berasaskan ASEAN pada masa ini dan sistem peraturan perdagangan yang bersatu di rantau Asia-Pasifik akan mengurangkan kos pengendalian syarikat eksport serta risiko ketidakpastian pengendalian.

Dalam pada itu, akhbar Financial Times pula melaporkan, RCEP merupakan perjanjian perdagangan bebas yang paling besar di dunia yang melibatkan kira-kira 50 peratus populasi dunia.

Pakar ekonomi turut menyifatkan pemeteraian RCEP sebagai langkah pertama untuk sektor perdagangan rantau Asia berkembang sama seperti di Eropah dan Amerika Utara.

徐国玮