WHO "Amat Bimbang" Akan Melambungnya Kes COVID-19 di Eropah dan Amerika

2020-11-17 15:49:21  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)  melahirkan rasa "amat bimbang" akan melambungnya kes COVID-19 di sebahagian negara khususnya di benua Eropah dan Amerika.  

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media semalam menyatakan, sistem kesihatan beserta anggota perubatan terpaksa beroperasi pada tahap yang hampir lumpuh di negara-negara Eropah dan Amerika. Beliau memberi amaran, kematian dan kesengsaraan yang sepatutunya dapat dielakkan akan terus meningkat di negara-negara yang lalai dalam membendung penularan wabak. Wabak itu  bukan sahaja akan meninggalkan impak besar kepada sejumlah orang dalam jangka masa panjang, malah juga akan memberi kesan psikologi negatif kepada anggota perubatan dan memberatkan beban sistem kesihatan di banyak negara.

Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesu, tiada dalih untuk mengelakkan diri daripada melawan wabak. Mesej yang disampai beliau amat jelas: mengambil tindakan yang pantas, segera dan tegas untuk mengawal pandemik ini.

高蕾