Mesyuarat Menteri APEC Sokong Perdagangan dan Pelaburan Bebas dan Terbuka

2020-11-17 15:50:37  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diadakan secara maya di Kuala Lumpur semalam. Wakil-wakil pelbagai entiti ekonomi pada mesyuarat itu menegaskan komitmen mereka terhadap perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka bagi mendorong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapannya menggesa pelbagai pihak untuk terus memulaukan amalan perlindungan perdagangan dan mengukuhkan sokongan kepada sistem perdagangan pelbagai hala.

Mohamed Azmin Ali, yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata APEC akan bertindak secara konsisten untuk melaksanakan agenda perdagangan dan pelaburan serantau, dan memperhebat peranaannya dalam pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau Asia Pasifik.

Menurut beliau, pelbagai entiti ekonomi bekerjasama untuk menggubal Visi APEC Pasca-2020 pada mesyuarat kali ini.

Dalam pada itu, cadangan mengenai perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital dan teknologi serta pembaharuan struktur yang dikemukakan dalam kenyataan bersama selepas mesyuarat itu akan diserahkan  kepada Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC yang akan diadakan secara maya pada 20 November nanti.

 

高蕾