Presiden Xi: Xiamen Bakal Jadi Pangakalan Inovasi BRICS

2020-11-18 11:23:29  CRI
Share with:

BEIJING, 18 Nov – Presiden China, Xi Jinping menyatakan kesediaan pihaknya untuk mempercepat pembinaan hubungan rakan revolusi industri baharu BRICS bersama-sama dengan negara-negara terlibat.

Ketika menyampaikan ucapan semasa Sidang Pemimpin ke-12 BRICS secara maya pada malam tadi, Xi berkata, China akan membina pangkalan inovasi bagi hubungan tersebut di bandar Xiamen, Fujian di tenggara negara ini untuk mengadakan kerjasama termasuk penyelarasan dasar, pendidikan tenaga profesional serta penerokaan projek.

Menurutnya, China juga akan memperkasakan permintaan domestik, meningkatkan pembaharuan serta mendorong inovasi sains dan teknologi bagi menambah dinamik pembangunan ekonomi dalam negeri.

Jelas Xi, pintu China bukan sahaja tidak akan ditutup, malah akan dibuka dengan lebih besar.

Dalam pada itu, Xi turut menekankan China akan menyertai dengan lebih aktif pasaran global dan mempergiat kerjasama dengan negara-negara asing untuk menyediakan lebih banyak peluang dan ruang bagi pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia.

徐国玮