Putin: China, Teladan Bendung Wabak

2020-11-18 14:18:59  CRI
Share with:

China berjaya mengawal wabak COVID-19 dan menjadi teladan bagi negara lain.

Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam Pertemuan Ke-12 Pemimpin BRICS yang diadakan secara telesidang semalam.

"Sebagai mangsa pertama yang dilanda wabak, China membuktikan kepada dunia bahawa COVID-19 dapat dikalahkan. Pencapaiannya adalah kondusif, jelas dan menyakinkan."

Putin juga menyokong usulan Presiden China, Xi Jinping bagi mengadakan seminar ubat-ubatan tradisional di negara BRICS. Beliau menyeru pelbagai negara agar memilih bekerjasama melainkan saling memulau ketika berhadapan wabak.

高蕾