Hasil Tercapai Pertemuan Ke-12 Pemimpin Negara-negara BRICS

2020-11-19 14:15:44  CRI
Share with:

Hasil yang dicapai dalam sektor ekonomi pada Pertemuan Ke-12 Pemimpin Negara-negara BRICS amat bermakna kepada usaha mendorong pemulihan ekonomi global.

Menurut maklumat Naib Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Kementerian Perdagangan China Chen Chao semalam, para hadirin pada pertemuan kali ini memutuskan akan meningkatkan tahap pemudahan perdagangan, menjamin peredaran barangan penting, mencipta lebih banyak peluang kepada sektor yang terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19, dan meminimumkan pengaruh negatif wabak terhadap kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdangangan.

Serentak dengan itu, negara anggota BRICS juga komited memelihara sistem perdagangan pelbagai hala dan menyediakan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pelaburan selain terlibat diri dalam rantaian nilai sejagat.

Dalam perkembangan lain, Strategi Perkongsian Ekonomi BRICS 2025 yang dibentuk pada pertemuan kali ini menyifatkan perdagangan, pelaburan dan kewangan, ekonomi digital, pembangunan lestari sebagai tiga sektor penting dalam kerjasama pelbagai pihak, dan juga menggariskan hala tuju perkembangan kerjasama negara anggota BRICS untuk tempoh lima tahun akan datang.

吕清