Delegasi Bahrain Julung Kali Lawat Israel

2020-11-19 13:48:13  CRI
Share with:

Kenyataan diumumkan jabatan penerangan kerajaan Israel semalam mendedahkan delegasi rasmi Bahrain yang diketuai Menteri Luar negara itu, Zayani telah melawat Israel. Ini merupakan kali yang pertama delegasi rasmi Bahrain melawat ke Israel.

Satu sidang akhbar telah diadakan bersama-sama oleh Zayani dan rakan sejawatnya dari Israel di Baitulmuqaddis pada hari yang sama. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk saling menubuhkan kedutaan besar, membuka penerbangan berkala antara kedua-dua negara dan Menteri Luar Israel bakal melawat Bahrain pada Disember akan datang.

Israel telah menandatangani perjanjian penormalan hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada 15 September lalu.

 

张宪