Dialog Interaktif WTO Tumpu Agenda Pembaharuan

2020-11-21 14:32:23  CRI
Share with:

Sistem perdagangan antarabangsa yang dibentuk berdasarkan peraturan yang sedia ada amat signifikan sehingga sekarang, namun Pertubuhan Perdagangan Sedunia(WTO) masih memerlukan peraturan baharu untuk bersesuaian dengan senario semasa.

Demikian pendapat wakil-wakil dari pelbagai pertubuhan antarabangsa, kerajaan dan perusahaan pada dialog interaktif peringkat tinggi yang diadakan secara maya sempena ulang tahun ke-25 pertubuhan itu baru-baru ini.

Menteri Perdagangan (Federal Councillor) Switzerland Guy Parmelin menegaskan, usaha melawan pandemik COVID-19 memperlihatkan peri pentingnya peranan WTO dan sistem perdagangan pelbagai hala. Peraturan dalam kerangka WTO memberi jaminan bagi keterbukaan pasaran yang amat diperlukan bagi pemulihan ekonomi dengan pantas.

Naib Menteri Perdagangan China Wang Shouwen berpendapat, WTO telah memberi sumbangan penting bagi meningkatkan tahap kehidupan rakyat dan membantu beberapa ratus juta orang terlepas dari belenggu kemiskinan. Meskipun pandemik COVID-19 dihadapi hampir semua negara, pelbagai anggota pertubuhan ini tetap mematuhi prinsip berkenaan untuk menggalakkan perdagangan.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Majlis Umum WTO (WTO General Council Chairman )David Walker mengiktiraf peranan penting WTO dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan ekonomi global. Beliau juga mengakui peraturan WTO perlu dikemaskinikan dan diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan persekitaran perdagangan yang berubah-ubah.   

曹捷