Pemimpin G20 Seru Sinergi Masyarakat Antarabangsa Melawan Wabak

2020-11-22 13:30:10  CRI
Share with:

Para pemimpin Kumpulan 20 (G20) semalam menekankan bahawa masyarakat antarabangsa semestinya terus memperhebatkan penyelarasan dan kerjasama untuk melawan wabak COVID-19.

Sidang kemuncak ke-15 Pemimpin G20 selama dua hari itu telah dirasmikan secara maya semalam, dengan dipengerusikan oleh Arab Saudi yang selaku pengerusi bergilir G20.

Pada hari pertama sidang tersebut, Arab Saudi telah menganjurkan sebuah mesyuarat sampingan mengenai pencegahan dan tindakan melawan pandemik. Para pemimpin G20 dan wakil dari pertubuhan antarabangsa menekankan semestinya terus meningkatkan penyelarasan untuk mengatasi penularan wabak COVID-19, terutamanya memberikan sokongan kepada golongan yang paling lemah, dan menambah peruntukan dalam pencegahan wabak termasuk penyelidikan vaksin dan inovasi.

曹捷