Kes COVID-19 di AS Cecah 12 Juta

2020-11-22 13:38:44  CRI
Share with:

Kes COVID-19 di AS Cecah 12 Juta

Menurut statistik terkini diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat pukul 3.47 petang semalam waktu tengah Eropah (pukul 10.47 malam semalam waktu Beijing), kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dilaporkan mencapai 57,274,018, antaranya kes kematian pula 1,368,000. Data dikeluarkan Universiti Johns Hopkins Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan bahawa kes jangkitan wabak di AS telah mencecah 12 juta, dan seramai 255,414 orang diragut nyawa akibat COVID-19.

Menghadapi jumlah kes jangkitan wabak yang semakin naik di pelbagai tempat AS, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) mengeluarkan kenyataan untuk meyeru agar penduduk di AS membatalkan rancangan percutian Hari Thanksgiving tahun ini. Bagi penumpang kapal terbang pula, CDC menasihati mereka memakai pelitup hidung dan mulut serta pelindung kaca mata dalam perjalanan supaya mengurangkan risiko terjangkit koronavirus.

Kes COVID-19 di AS Cecah 12 Juta

曹捷