Cadangan Presiden Xi Kuatkan Keyakinan Dunia

2020-11-23 14:55:46  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri siri sidang kemuncak, antaranya BRICS, APEC dan G20, dan menyampaikan ucapan penting pada 17 hingga 22 November.

Menteri Luar merangkap Ahli Dewan Negara China, Wang Yi ketika menjelaskan hasil sidang-sidang berkenaan berkata, Presiden Xi telah mengemukakan 23 cadangan, pendapat dan langkah bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Selain itu, beliau telah menjelaskan pola pembangunan baharu di China serta memberikan isyarat yang jelas tentang China mendorong pembangunan bermutu tinggi dan terus memperkasakan keterbukaan. Ini menambah keyakinan dan menguatkan tenaga masyarakat antarabangsa.

徐国玮