Seekor Lagi Anak Panda Dilahirkan di Jepun

2020-11-23 13:14:49  CRI
Share with:

Taman Adventure World di Wakayama, Jepun menjadi saksi kepada kelahiran seekor lagi anak panda semalam.

Anak panda yang ke-17 dilahirkan di taman itu merupakan anak kepada sepasang panda iaitu Liang Bang (ibu) dan Yong Ming (bapa) yang masing-masing berumur 20 dan 28 tahun.

Susulan penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku, pihak pengurusan taman tersebut memaklumkan bahawa ini merupakan kali pertama kakitangan pihak Jepun membantu ibu panda sewaktu melahirkan anak tanpa bantuan pakar dari Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu.

Liang Bang, anak panda yang pertama dilahirkan di Adventure World, kini mempunyai sepuluh anak.

Kerjasama penyelidikan antarabangsa untuk panda antara Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu di barat daya China dengan taman Adventure World di wilayah Wakayama, Jepun dimulakan sejak tahun 1994.

梁靓