AS Tarik Diri daripada Perjanjian Langit Terbuka

2020-11-23 11:53:48  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengesahkan negara itu secara rasmi menarik diri daripada Perjanjian Langit Terbuka atau Treaty on Open Skies pada 22 November.

AS pada Mei lalu menyatakan keanggotaannya dalam perjanjian itu tidak sesuai dengan kepentingnya dan mendakwa akan menarik diri daripada perjanjian itu kecuali Rusia dapat mematuhinya.

Perjanjian Langit Terbuka dicapai pada tahun 1992 dan berkuatkuasa pada 2002. Menurut perjanjian itu, negara-negara anggota boleh menerbangkan pesawat pengintai tak bersenjata ke wilayah udara negara anggota lain. Perjanjian itu disifatkan dokumen penting bagi membina kepercayaan antara negara-negara anggota dan mengurangkan risiko berlakunya konflik.

AS, Rusia dan kebanyakan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah mengganggotai perjanjian itu.

覃淼