Israel dan UAE Saling Bebas Visa

2020-11-23 11:56:26  CRI
Share with:

Kabinet Israel meluluskan usul untuk mencapai perjanjian bebas visa dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Warga negara kedua-dua negara itu boleh berulang alik tanpa visa berikutan perjanjian itu dikuatkuasakan.

Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ini kali pertama negaranya memeterai perjanjian seumpama dengan negara Arab.

Kerajaan UAE telah meluluskan perjanjian itu pada 1 November. Ini bermakna perjanjian berkenaan akan berkuatkuasa secara rasmi 30 hari kemudian.

Setakat ini, AS selaku negara sekutu yang paling rapat dengan Israel, masih belum mencapai perjanjian bebas visa dengan negara itu.

覃淼