GSA: Kerajaan Trump Sedia Berdepan Tempoh Peralihan

2020-11-24 13:16:53  CRI
Share with:

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (GSA) Amerika Syarikat (AS), Emily W. Murphy memaklumkan bekas Naib Presiden, Joseph Biden dan kumpulannya semalam bahawa kerajaan Donald Trump telah bersiap sedia untuk memulakan tempoh peralihan kuasa.

Menurut laporan media tempatan, Murphy teleh mengutus surat kepada Biden untuk memaklumkan perkara tersebut. Dalam pada itu, Biden dan kumpulannya boleh menggunakan sumber dan perkhidmatan persekutuan dalam tempoh peralihan tersebut. 

Pada hari yang sama, Presiden Trump dalam akaun media sosialnya mencadangkan Murphy melancarkan tempoh peralihan kuasa, dan mahu kumpulannya berbuat demikian juga. Namun beliau enggan mengaku kalah dan akan terus "berjuang" mencabar keputusan pilihan raya. 

胡星