Persiapan Sukan Olimpik Beijing 2022 Berjalan Lancar

2020-11-24 15:21:49  CRI
Share with:

Mesyuarat mengenai pelaksanaan projek Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing diadakan secara maya baru-baru ini.

Naib Datuk Bandar Beijing yang juga Naib Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Zhang Jiandong berkata, pelbagai kerja yang melibatkan ujian dan persiapan bagi kedua-dua temasya sukan tersebut sedang berjalan lancar. Pihaknya akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk melaksanakan kerja pencegahan dan kawalan wabak serta persiapan lain agar menjayakan kedua-dua temasya sukan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Penyeleras Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 OIC, Juan Antonio Samaranch Jr berkata, kerja jawatankuasa penganjur Beijing amat mengagumkan walaupun menghadapi beberapa cabaran pada tahun ini. Sokongan kerajaan China serta kerjasama antara pihak-pihak berkaitan amat penting bagi menjayakan kedua-dua temasya sukan tersebut.

徐国玮