UNHCR: Lebih 40 Ribu Pelarian Ethiopia Lari ke Sudan

2020-11-25 13:55:28  CRI
Share with:

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) semalam, setakat ini seramai 41,193 pelarian Ethiopia telah melarikan diri ke Sudan akibat konflik bersenjata berterusan di Tigray, utara negara itu.

Keadaan hidup di kawasan sempadan utara Ethiopia dengan Sudan amat buruk ekoran kedatangan pelarian tersebut.

Konflik bersenjata di kawasan utara Ethiopia bertambah buruk baru-baru ini. Keadaan darurat dikuatkuasakan di Tigray selama enam bulan. 

覃淼