Pengalaman China Patut Ditimba Negara Membangun

2020-11-27 14:44:31  CRI
Share with:

Ahli Jawatankuasa Pusat Liga Kebangsaan untuk Demokrasi Myanmar (NLD), Monywa Aung Shin berkata, kejayaan China dalam membasmi kemiskinan memberi pengalaman berharga kepada negara-negara membangun termasuk Myanmar.

Provinsi Guizhou China baru-baru ini mengumumkan, sembilan kaunti miskin terakhir di wilayah itu berjaya mengatasi kemiskinan. Setakat ini, kesemua 832 kaunti miskin di seluruh negara ini telah keluar dari kemiskinan.

Monywa Aung Shin menyatakan, ketika menghadapi penularan COVID-19, kerajaan China telah mengambil pelbagai tindakan berkesan bagi membendung wabak di samping memperkasakan pembasmian kemiskinan. Langkah-langkah tersebut membantu golongan miskin keluar dari belenggu kemiskinan. Ini menunjukkan keazaman dan kesungguhan kerajaan dan rakyat China untuk mengatasi kemiskinan. Kejayaan China tersebut patut dibelajari dan diterima oleh negara-negara membangun termasuk Myanmar.

徐国玮