Rusia Berjaya Lancar Lagi Peluru Berpandu Zircon

2020-11-27 11:58:38  CRI
Share with:

Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan pihaknya sekali lagi berjaya menjalankan ujian pelancaran peluru berpandu hypersonik Zircon semalam. Peluru berpandu itu berjaya mengenai sasarannya di Laut Barents selepas terbang sejauh 450 kilometer.

Peluru berpandu Zircon itu dilancarkan dari kapal pengiring Gorshkov di Laut Putih. Tujuan pelancaran itu adalah untuk menguji senjatan baharu.

Rusia pernah berjaya melancarkan peluru berpandu Zircon pada 6 Oktober lalu.

覃淼